Selasa, 1 September 2009

SALAM AL-MUBARAK

Salam Ramadhan.....Selamat Berpuasa..
Diucapkan kepada semua guru pendidikan khas sek. keb. seri makmur dan warga IPGMIK K1.18. Semoga dalam bulan ramadhan ini akan membawa keberkatan dan kemuliaan.

KUIZ SAINS


MINGGU SAINS....kelihatan ketekunan dan kesungguhan cikgu aswad dan cikgu azuwan mengendalikan acara kuiz sains. Melibatkan murid-murid khas tahap satu dan dua yang di adakan di dewan sekolah.Acara ini membolehkan murid-murid menimba ilmu dan menguji tahap kecekapan murid dalam menjawab soalan. Acara ini berjalan dengan lancar yang dikendalikan dengan baik sekali.

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING


DAM HAJI...bersama-sama guru pendidikan khas dan guru praktikum menyiapkan dam haji untuk murid-murid khas bermain pada waktu rehat dan pendidikan jasmani.

Isnin, 31 Ogos 2009

TINGGALAH SEORANG...

SELASA, 01 September 2009... Cikgu Azim dok rumah sorang-sorang... selama 4 hari. Cikgu Asuwad pulak balik bercuti di kampung.., cuti sakit mata 4 hari. Dok sorang-sorang ni makan pun sorang-sorang....

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ


JUMAAT, 24 Julai 2009...
SK Seri Makmur telah mengadakan majlis sambutan israk mikraj yang melibatkan semua guru dan pelajar. Tidak terlepas juga guru-guru praktikum...tengok yang pakai lebai tu,.. macam ustaz... tapi bukan ustaz. hehehe.... Ketika itu majlis bacaan yassin di dewan bersama pelajar dan guru. Yang dua orang lagi kat sebelah tok lebai tu... bakal guru praktikum yang cemerlang.....

MEMBANTING TULANG.....


SIAPKAN KIOS.......membanting tulang bekerjasama menyiapkan satu kios untuk projek pendidikan khas yang dipimpin oleh GPK En. Aziz Samsuri. Kios dinamakan "Amalan Perdagagangan".... Nampak tak 3A sedang memproseskan kios tersebut. Sebagai kenangan apabila dah tamat praktikum nanti....

KUIZ KEMERDEKAAN


KUIZ... diadakan sempena menyambut kemerdekaan kali ke 52..., Cikgu Azim jadi pengacara dan pengadilnya...ada juga aktiviti. Ni dok soal apa pada si kecil tu.....
Kuiz dah tamat...nampaknya berjaya dijalankan dengan baik.. semua murid-murid dapat hadiah...jajan.

MERDEKA....



Selamat menyambut hari merdeka yang ke 52 tahun. Walaupun sedikit rasa hambar pada tahun ini namun ia tetap meriah dengan aktiviti yang dijalankan bersama anak-anak istimewa SK Seri makmur. Pelbagai aktiviti berbentuk kuiz dan nyanyian di anajurkan bagi mengingati hari kemerdekaan yang ke 52 tahun.

3A..PRAKTIKUM SEK. KEB. SERI MAKMUR


3A.......Azuwan, Aswad dan Azim...
Bergabung tenaga menjalani latihan praktikum di Sek. Keb. Seri makmur, Sg. Besar Sabak Bernam Selangor. Di pimpin oleh Pensyarah terkenal, Ybhg. Tn. Hj. Dr. Abdul Aziz bin Jantan, dibimbing oleh En. Aziz bin Samsuri dan Tn. Hj. Abdul Manaf bin Musa.... Bermula 22 jun 2009 - 19 september 2009, selama 12 minggu.